Saturday 20 June 2009

siapa aku??

salam..

maaf lagi sekali kerana mcm menipu korang.. aku punya emosi tgh x stabil kot.. blog aku ada lagi.. saja aku redirect kat yang lagi satu ni.. nak cuba teknik pun ada sebenarnya, x de langsung aku ada hal dgn sesiapa pun.. namun aku telah membuat beberapa orang yang aku rasa dan aku percayai telah menjadi seperti tidak kenal aku lagi.. aku x pernah salahkan sesiapa dan x pernah marahkan sesiapa.. percayalah, apa yang pernah aku kata dlm blog aku sebelum ini hanya luahan hati aku namun jauh disudut hati aku aku x pernah marahkan sesiapa.. mcm pelikkan, luahkan marah tapi x marah.. namun itulah aku yang sebenar.. betullah, kita boleh berkawan dengan sesiapapun dan selama manapun namun x ramai yang betul2 kenal kita serta kita kenal sebenar-benarnya kenal..

kita lupa orang yang kita kenal itu manusia biasa yang punya emosi dan perasaan..
kita lupa orang yang kita kenal itu punya bebanan kerja yang kadang2 sesibuk manapun tetap cuba melayan serta menolong rakan atau sahabatnya..
kita lupa orang yang kita kenal tu punya masa2 dimana emosinya juga terganggu
kita lupa orang yang kita kenal itu kadang2 kita sendiri x pernah nak mendengar masalah serta ceritanya dipihaknya
kita lupa orang yang kita kenal itu langsung kita x bagi peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar sebab kita terlalu sibuk untuk melayan emosi kita sendiri..

orang mudah kata aku emotional tanpa tahu atau kenal aku siapa namun tahukah apa yang aku hadapi setiap hari serta apa yang membuatkan aku jadi seemosi begini..
aku langsung x de masa untuk melayan emosi aku sendiri kerana sibuk nak tolong orang kat sana dan bantu orang dgn emosi mereka disini..
aku dikatakan sensitif tanpa aku ada peluang untuk jelaskan mengapa aku jadi begini dan tanpa korang tahu apa sebabnya aku jadi begini..
orang kata aku macam budak2 sbb emosi begini sedangkan aku memang tgh sibuk dengan kerjaku dan bila orang ada masalah mereka x pernah tahu atau nak ambil tahu..

terima kasih kerana memahami diri aku sekarang dan buat assumption mengenai diri aku secepat itu.. ada pernah tanya x apa masalah aku selama ini dan pernah tanya x apa kesusahan aku? orang hanya mahukan yang terbaik daripada aku tanpa beri aku peluang untuk aku jadi diri aku yang sebenarnya.. korang mesti ingat, korang masih ada "something yang aku x ada" dan setiap hari aku kena hadapi kenyataan ini yang korang pernah pikir ke apa perasaan dan apa yang aku rasa setiap hari?? bila aku berkata2 didalam blog orang kata aku emosi.. so aku ni x perlu dan x ada emosi ke serta x perlu untuk luahkan emosi aku??

seharian hari ni aku berfikir sampai balik dpd NOS tadi pun aku masih berfikir sepanjang jalan dari TTDI.. dek kerana berfikir, perjalanan sejauh itu aku rasa cepat pula untuk sampai rumah.. kepada yang sudi bertanya terutama teman dari Jepun dan Kluang aku ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih.. aku boleh katakan korang walaupun aku x kenal sebenar-benarnya lebih memahami diri aku.. InsyaAllah blog aku tu aku x kan buang.. aku akan kembali somewhere next week bila aku rasa emosi aku dah lebih stabil dan selepas aku muhasabah diri aku serta aku mencari diri aku yang sebenarnya..

p/s: hmm.. dah kul brapa dan brapa kali edit dah ni.. arrgggghhh.. x leh tido la pulak...



Friday 19 June 2009

Maaf Semua...

Salam..

Atas sebab-sebab tertentu aku minta maaf kerana terpaksa berbuat begini.. Mungkin ini sahaja satu cara untuk membuatkan "pihak" tersebut puas..